Popular Posts

Thursday 10 March 2011

Sinopsis Novel 2 - Nian Di Hati





Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka. Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli. Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia.

Nur Amelia Sherina – Aku sering katakan pada diri sendiri. Sejak awal dia bukan diciptakan untukku. Biarpun bukan mudah untuk menerima hakikat ini, aku harus tabah dan belajar untuk hidup berdikari. Namun di sebalik kekuatan yang wujud dalam diri ini aku sebenarnya masih memerlukan dia di sisi.

Muhammad Arif Haikal – Kenapa dia tak mengerti apa yang tersirat di hati ini? Aku menerimanya kerana perasaan yang tulus. Bukan kerana rasa simpati atau kerana ingin menegakkan keegoanku sebagai lelaki. Biarpun banyak rintangan yang melanda, aku ingin terus menyayangi dan melindunginya. Aku tidak rela jika dia pergi. Hanya dia nian di hatiku.

Nian  Di Hati mengupas kisah seorang perempuan yang cuba memulakan hidup baru setelah mengharungi pelbagai peristiwa hitam dalam hidupnya. Ikutilah bagaimana insan di sekelilingnya cuba menghulurkan bantuan serta sokongan demi memastikan dia mampu menjalani kehidupan dengan sempurna.




editor : Patonah Chai Choi
rekabentuk : Baharin Abdul Hamid 

No comments: